Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 12 Turbo kini rasmi dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 – harga sekitar RM 1,227

Xiaomi Redmi Note 12 Turbo

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 12 Turbo di China yang merupakan telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 yang diumumkan baru-baru ini.

Redmi Note 12 Turbo hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 120Hz pada resolusi FHD+ dan ianya turut mempunyai lubang punch hole yang menempatkan kamera selfie 16MP.

Selain cip Snapdragon 7+ Gen 2, Note 12 Turbo juga disertakan dengan sehingga 16GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 3.1.

Beralih kepada kamera,  Note 12 Turbo tampil dengan sensor utama 64MP dengan OIS, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Seterusnya , Note 12 Turbo juga dilengkapi bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W, antaramuka MIUI 14 berasaskan Android 13, Bluetooth 5.3, IR blaster dan Wi-Fi 6.

Redmi Note 12 Turbo akan ditawarkan didalam dua pilihan warna dengan harga yang bermula dari CNY 1,999 (RM 1,227) sehingga CNY 2,599 (RM 1,660).

Buat masa ini masih belum ada maklumat penawaran antarabangsa diumumkan.

realme C55 kini rasmi di Malaysia dengan ciri terbaik pada harga entry-level dari RM 699 sahaja

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.