Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X Fold2 dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 bakal dilancarkan pada April

vivo x fold2 malaysia

vivo x fold2 malaysia

Telefon pintar foldable terbaru vivo iaitu vivo X Fold2 telah dikesan di pangkala ujian AnTuTu yang mendedahkan spesifikasi utama telefon pintar yang mempunyai lipatan seperti buku ini.

vivo X Fold2 telah dikesan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, 12GB RAM jenis LPDDR5X dan storan dalaman UFS 4.0 berkapasiti 512GB.

Pada ujian di AnTuTu ini, X Fold2 telah memperoleh keseluruhan 1,318,092 mata dan telefon pintar ini juga dikatakan akan hadir dengan skrin paparan 120Hz, bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 120W serta pengecasan tanpa wayar 50W.

Selain itu, X Fold2 juga memiliki sensor utama 50MP IMX866, sensor ultrawide 12MP IMX633 dan sensor telefoto 12MP IMX633.

Buat masa ini masih belum ada maklumat bila vivo X Fold2 akan dilancarkan namun ianya dijangka pada bulan April bersama telefon pintar flip vivo yang mungkin dikenali sebagai vivo X Flip.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.