Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix umum pelancaran siri telefon pintar baharu tidak lama lagi

Menurut laporan terbaru Counterpoint, Infinix adalah antara jenama telefon pintar yang telah menunjukkan pertumbuhan positif pada tahun 2022 dan syarikat ini mempunyai perancangan untuk meneruskan lagi momentum positif ini pada rahhn 2023.

Infinix telah mengumumkan bahawa ianya akan melancarkan siri telefon pintar baharu tidak lama lain yang tampil dengan prestasi berkualiti, permainan  gaming yang lancar dan tidak terganggu kepada Xfans.

Selain itu, Infinix telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru syarikat ini akan dilengkapi skrin paparan FHD+ berukuran 6.78-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 240Hz untuk gaming yang lebih lancar.

Dalam pada itu, Infinix juga mengesahkan bahawa siri telefon pintar terbaru ini akan membawakan teknologi pengecasan pantas 33W yang membolehkan 50% pengecasan dilakukan didalam masa 30 minit sahaja.

Nantikan maklumat lanjut mengenai pelancaran telefon pintar baharu Infinix ini di Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.