Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ASUS ROG Phone 7 akan dilancarkan pada 13 April

Asus ROG Phone 7 Series

ASUS secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar gaming Asus ROG Phone 7 akan dilancarkan pada 13 April ini.

Pelancaran Asus ROG Phone 7 Series pada bulan April boleh dikatakan lebih awal berbanding kebiasaanya kerana ASUS mempunyai trend pelancaran ROG Phone pada pertengahan kedua setiap tahun.

ASUS ROG Phone 7 Series dijangka akan terdiri daripada tiga model yang mana kesemuanya dijangka akan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 2.

Selain itu, laporan tidak rasmi juga mendedahkan bahawa ASUS ROG Phone akan tampil dengan skrin paparan OLED 6.58-inci dengan kadar segar semula 165Hz, bateri 6,000mAh dan RAM LPDDR5X serta storan dalaman UFS 4.0.

Seperti sebelum ini, ASUS ROG Phone 7 Series dijangka akan memasuki pasaran Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.