Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G akan dilancarkan pada 4 April ini

OnePlus Nord CE 3 Lite 5G

OnePlus secara rasminya telah mengesahkan pelancaran telefon pintar OnePlus Nord CE 3 Lite 5G pada 4 April ini.

Pengesahan ini telah diberikan oleh OnePlus India yang bermaksud telefon pintar ini mungkin dilancarkan dipasaran India terlebih dahulu sebelum ke pasaran lain.

OnePlus Nord CE Lite 5G boleh dikategorikan sebagai telefon pintar kelas entry-level 5G syarikat ini dan ianya dijangka akan tampil dengan harga jualan yang amat berpatutan kepada pengguna.

Selain itu, OnePlus juga akan memperkenalkan earbuds terbaru OnePlus Nord Buds 2 pada tarikh yang sama.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.