Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P60 Series dijangka akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

HUAWEI P60 Series telah dilancarkan secara rasmi semalam dan pasti yang tertanya mengenai status penawaran telefon pintar ini di Malaysia.

HUAWEI Malaysia telah mengesahkan bahawa HUAWEI P60 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

P60 Series ini terdiri daripada tiga model iaitu HUAWEI P60, HUAWEI P60 Pro dan HUAWEI P60 Art namun model mana yang akan ditawarkan di pasaran Malaysia tidak dapat dipastikan buat masa ini.

Antara spesifikasi utama yang dimiliki HUAWEI P60 Series adalah skrin paparan OLED LTPO berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 1Hz-120Hz, cip Snapdragon 8+ Gen 1 4G, sensor utama RYYB 48MP bersama sistem kamera XMAGE.

Baca laporan penuh pelancaran HUAWEI P60 Series di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.