Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nothing Ear (2) kini rasmi dengan sokongan LHDC 5.0 dan bateri sehingga 36 jam – RM 599

Nothing Ear (2)

Nothing Ear (2)

Nothing secara rasminya telah memperkenalkan earbuds tanpa wayar terbaru mereka iaitu Nothing Ear (2) yang merupakan fon telinga ketiga syarikat ini selepas Ear (1) dan Ear (stick).

Nothing Ear (2) kini rasmi dengan sokongan LHDC 5.0 dan bateri sehingga 36 jam - RM 599 1

Nothing Ear (2) secara luaranya masih kelihatan sama seperti Nothing Ear (1) namun diberikan penambahbaikan spesifikasi yang menyeluruh yang termasuk pemacu 11.6 mm dengan unit diafragma baharu yang dibuat dengan bahan graphene dan poliuretana.

Nothing Ear (2) kini rasmi dengan sokongan LHDC 5.0 dan bateri sehingga 36 jam - RM 599 2

Pertama, Nothing Ear (2) kini membawakan sokongan audio LHDC 5.0 yang membolehkan penstriman audio Hi-Res dan ianya juga tampil dengan profil bunyi tersuai yang membolehkan anda mengkalibrasi earbuds mengikut pendengaran spesifik selepas melakukan ujian pada aplikasi Nothing X.

Nothing Ear (2) kini rasmi dengan sokongan LHDC 5.0 dan bateri sehingga 36 jam - RM 599 3

Selain itu, Nothing Ear (2) juga tampil dengan ciri adaptive ANC yang mampu menyingkirkan bunyi hingar aktif sehingga 40db, sokongan sambungan Google Fast Pair, Microsoft Swift Pair, Dual Connection dan Bluetooth 5.3.

Dalam pada itu, jangka hayat bateri pada Nothing Ear (2) adalah sehingga 36 jam dengan bekas pengecasan dan ianya boleh dicaj melalui slot USB-C atau tanpa wayar pada kadar 2.5W.

Nothing Ear (2) kini rasmi dengan sokongan LHDC 5.0 dan bateri sehingga 36 jam - RM 599 4

Akhir sekali, Nothing Ear (2) membawakan penarafan kalis air dan habuk IP55 pada bekas pengecasan manakala earbus tampil dengan penarafan IP54.

Nothing Ear (2) akan ditawarkan melalui Crossover mulai 23 Mac ini manakala pra-tempahan akan dibuka di stor  terpilih. Jualan akan bermula pada 8 April melalui saluran jualan rasmi termasuk di Lazada dan Shopee.

 

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.