Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C55 – Telefon Pintar Leap to Champion dengan ciri terbaik segmen seperti sensor 64MP dan storan dalaman 256GB

realme C55

realme C55 – Telefon Pintar Leap to Champion dengan ciri terbaik segmen seperti sensor 64MP dan storan dalaman 256GB

realme merupakan jenama telefon pintar global yang sentiasa menawarkan produk dengan harga dan spesifikasi yang berbaloi kepada pengguna.

Menariknya, realme baru-baru ini telah menyatakan komitmen strategik dibawah konsep Leap to Champion yang akan membolehkan telefon pintar kelas entry level Siri realme C  tampil dengan sekurang-kuranganya satu ciri kelas premium samada dari segi kamera, storan, pengecasan dan rekaan.

Sehubungan dengan itu, Siri realme C  juga diletakkan sebagai ‘ Champion of the segment’ melalui penambahbaikan strategik ini.

Produk pertama Siri realme C yang terhasil dibawah strategi baru ini adalah realme C55 yang mencipta sejarah dengan 4 ciri yang pertama kali ditawarkan pada segmen pasaran ini iaitu kamera 64MP, storan 256GB, pengecasan 33W dan rekaan Sunshower yang unik lagi  inovatif.

realme C55 adalah juara segmen dengan beberapa teknologi yang pertama kali ditawarkan pada tahap harga ini dan ini adalah kelebihan yang dimilikinya :

Juara Kamera terbaik dengan Sensor 64MP

realme C55 merupakan satu-satunya telefon pintar pada segmen ini untuk tampil dengan sensor kamera 64MP AI.

Sensor 64MP yang dipasang pada realme C55 ini adalah jenis OV64B yang merupakan sensor kelas flagship dengan teknologi ProLight yang membolehkan anda mengambil gambar terbaik dan tercerah didalam kelas harga ini.

Ini bermaksud, pengguna kini mampu mengambil gambar yang lebih baik samada pada waktu siang atau pada waktu malam dan realme C55 juga menjadi model pertama realme C Series untuk tampil dengan mod Street Photography yang sebelum ini hanya eksklusif kepada peranti lebih premium.

Juara Storan Luas 256GB

Dengan strategi baharu ini, realme C55 telah disertakan dengan storan dalaman yang luar iaitu 256GB yang membolehkan anda menyimpan lebih banyak gambar dan fail tanpa perlu risau akan kehabisan ruang memori.

Selain itu, realme C55 juga disertakan dengan ciri Dynamic RAM yang memberikan anda prestasi RAM seperti peranti yang memiliki 16GB RAM walaupun RAM dalam telefon pintar ini adalah 8GB dan ini membolehkan pengguna membuka lebih banyak aplikasi dilatar belakang tanpa sebarang penurunan prestasi peranti.

Dalam pada itu, storan 256GB pada realme C55 ini membolehkan anda menyimpan sehingga 53760 gambar, 860 episod TV kegemaran anda, 860 aplikasi atau 70 aplikasi permainan video.

Juara Bateri dan Pengecasan Pantas

realme C55 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh namun ciri paling mencuri tumpuan adalah teknologi pengecasan pantas 33W SUPERVOOC yang disertakan.

Menariknya, teknologi pengecasan pantas ini adalah jauh lebih baik berbanding teknologi pengecasan pantas yang digunakan pada telefon pintar lain pada segmen ini iaitu hanya 18W dan ini membolehkan realme C55 dicaj penuh hampir 2 kali lebih pantas iaitu hanya 63 minit untuk mencapai pengecasan 100%.

Dengan teknologi pengecasan 33W SUPERVOOC ini, pengguna realme C55 tidak lagi perlu menunggu lama untuk meneruskan semula rutin harian mereka walaupun terlupa untuk melakukan pengecasan pada watu malam.

Mini Capsule

realme C55 juga menjadi telefon pintar Android pertama dipasaran untuk hadir dengan ciri Mini Capsule, satu ciri skrin yang sama seperti Apple Dynamic Island.

Mini Capsule pada realme C55 membolehkan anda melihat informasi dan notifikasi penting dengan lebih interaktif dan unik.

Akhir sekali, penawaran tiga ciri terbaik pada segmen membolehkan realme C55 menawarkan pengguna sebuah telefon pintar yang mampu mengambil gambar yang lebih profesional, storan dalaman yang mencukupi untuk semua keperluan dan jangka hayat bateri serta pengecasan terpantas pada tahap harga ini.

realme C55 dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada 28 Mac ini.

 



Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.