Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic5 Series dapat sambutan hangat di pasaran China

Honor Magic5 Series dapat sambutan hangat di pasaran China 7

HONOR Magic5 Series telah menerima sambutan luar biasa pada jualan hari pertama di China.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co Ltd George Zhao berkongsi perkara ini di Weibo, baru baru ini dan memaklumkan telefon flagship baharu jenama tersebut telah habis dijual di kebanyakkan stor HONOR.

Menurutnya lagi, pasukan penghantaran produk sedang bertungkus-lumus menambah stok baharu Siri HONOR Magic5 di pasaran.

Honor Magic5 Series dapat sambutan hangat di pasaran China 8

Dalam pada itu, HONOR Malaysia telah mengumumkan bahawa dua peranti flagship baharu iaitu HONOR Magic5 Series dan telefon boleh lipat HONOR Magic Vs akan tiba ke pasaran tempatan pada awal April ini.

Malaysia juga menerima pilihan Honor untuk menjadi negara pertama di luar China untuk memasarkan  HONOR Magic5 Series dan HONOR Magic Vs.

Honor Magic5 Series dapat sambutan hangat di pasaran China 9

Selain itu, HONOR turut menyatakan harga dua peranti tersebut akan memberi kejutan kepada pengguna Malaysia.

Untuk maklumat terkini, sila layari https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.