Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama : Samsung Galaxy A34 – skrin AMOLED lebih baik dengan vision booster

Samsung Galaxy A Series bagi tahun 2023 telah dilancarkan beberapa hari lalu dan hari ini telah sampai ke tangan kami kedua-dua model Galaxy A Series tersebut.

Dua model Galaxy A Series yang dilancarkan adalah Samsung Galaxy A34 dan Samsung Galaxy A54 yang mempunyai rekaan yang hampir sama namun model Galaxy A54 tahun ini adalah lebih kompak berbanding Galaxy A34.

Berikut adalah pandangan pertama tentang Galaxy A34 yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Skrin Paparan Gred Flagship

Samsung Galaxy A34 memiliki skrin paparan Super AMOLED yang memberikan pengguna sebuah paparan yang lebih cerah dengan resolusi FHD+.

Samsung Galaxy A34 memiliki panel skrin berukuran 6.6-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan turut juga mewarisi ciri Vision Booster yang sebelum ini hanya digunakan pada peranti flagship Samsung dan ini membolehkan skrin sentiasa kekal optimum mengikut keadaan cahaya persekitaran.

Rekaan seperti Galaxy S23 Series

Samsung Galaxy A34 kelihatan sangat sama seperti Galaxy S23 dan Galaxy S23+ dengan rekaan modul kamera floating camera dan chasis yang mempunyai sisi bulat.

Ini memberikan kemasan yang lebih premium pada kedua model ini namun panel belakang masih diperbuat daripada plastik.

Samsung Galaxy A54 dan Galaxy A34

Sistem Kamera lebih berkuasa dan Nightography

Samsung juga telah meningkatkan kemampuan kamera Galaxy A34 yang memberikan pengguna hasil gambar yang lebih baik pada waktu siang dan malam.

Samsung Galaxy A34 memiliki sensor utama 48MP yang memiliki OIS bersama sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 5MP. kamera selfie yang digunakan adalah 13MP.

8GB RAM + RAM Plus dan 256GB storan dalaman

Samsung Galaxy A34 yang akan ditawarkan di Malaysia akan ditawarkan didalam varian tertinggi iaitu 8GB RAM bersama ciri RAM Plus dan storan dalaman 256GB.  storan juga boleh ditambah dengan kad microSD.

2 Hari ketahanan bateri

Samsung Galaxy A34 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang menawarkan sehingga 2 hari penggunaan dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 25W sama seperti pada Galaxy S23.

Samsung Galaxy A54 dan Galaxy A34 akan dilancarkan di Malaysia pada 24 Mac ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.