Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series Enterprise Edition kini rasmi

Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy S23 dan Galaxy S23 Ultra Enterprise Edition di Australia namun Galaxy S23 Plus tidak ditawarkan.

Enterprise Edition bagi dua telefon pintar flagship ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti yang dijual kepada pengguna namun ianya tampil dengan perisian dalaman yang lebih memfokuskan kepada perniagaaan.

Antara yang dimililki Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23 Ultra Enterprise Edition ini adalah 1 tahun langganan Samsung Knox Suite mempunyai perlindungan terbina dalam terhadap perisian hasad, penggodaman dan ancaman keselamatan siber yang lain. Selain itu, ia membolehkan jabatan IT syarikat mengawasi aktiviti kesemua telefon pintar ini dari jauh.

Selain itu, Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23 Ultra Enterprise Edition ini juga mempunyai aplikasi Google Cloud dan Microsoft Office namun langganan masih perlu dibeli berasingan.

Dalam pada itu, Samsung juga memberikan jaminan bahawa Galaxy S23 Enterprise Edition ini akan ditawarkan untuk tempoh dua tahun dari pelancaran untuk memastikan penggunaan peranti yang konsisten.

Harga jualan Samsung Galaxy S23 Enterprise Edition ini tidak diumumkan namun ianya bergantung kepada bagaimana syarikat tersebut berunding untuk mendapatkan harga terbaik.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.