iQOO Z7i dilancarkan secara rasmi – peranti pertama guna cip Dimensity 6020
iQOO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar iQOO Z7i yang menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan cip kelas entry-level daripada Mediatek iaitu Dimensity 6020.
Cip Mediatek Dimensity 6020 ini diperbuat daripada proses fabrikasi 7nm dengan sasaran untuk digunakan pada telefon pintar 5G kelas entry-level dan ianya memilki CPU 8 teras dengan GPU Mali-G57.
Selain itu, cip ini juga menyokong LPDDR4X RAM dan storan UFS 2.2 manakala ISP yang dimiliki menyokong kamera beresolusi sehingga 64MP.
Bercakap mengenai iQOO Z7i ini, ianya hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.51-inci dengan resolusi 720p, kapasiti RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 128GB.
Pada bahagian kamera pula, iQOO Z7i ini memiliki dua unit kamera dibelakang iaitu sensor utama 13MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah 5MP.
Lain-lain spesifikasi iQOO Z7i ini adalah bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 15W, slot microSD dan antaramuka OriginOS Ocean yang berasaskan Android 13.
iQOO Z7i akan ditawarkan dipasaran China mulai 20 Mac ini didalam dua pilihan warna iaitu Moon Shadow Black dan Ice Lake Blue pada harga dari CNY 999 (RM 650).