Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 11 5G disahkan akan terima 4 kemaskini Android – sehingga Android 17

Presiden OnePlus bagi pasaran China iaitu Li Jie telah mengesahkan bahawa OnePlus 11, OnePlus Ace 2 dan OnePlus Ace 2V akan menerima 4 kemaskini Android bersama 5 tahun kemaksini keselamatan. Ini bermaksud OnePlus 11 yang dilancarkan baru-baru ini sebagai telefon pintar flagship terbaru syarikat ini akan layak menerima kemaskini Android 17.

Pengesahan ini meletakkan OnePlus bersama-sama Samsung dan Google didalam sokongan kemaskini Android bagi telefon pintar flagship.

Walaubagaimanapun, apa yang tidak dapat dipastikan adalah samada pengesahan ini turut terpakai untuk OnePlus 11 bagi pasaran global kerana kami dimaklumkan OnePlus 11 5G di Malaysia hanya menerima  tiga kemaskini Android sahaja.

Selain itu, Li Jie juga berkata bahawa ini akan turut melibatkan kos bernilai CNY 100 juta atau sekitar RM 6.2 juta untuk menawarkan kemaskini terkini sehingga 4 tahun.

Buat masa ini masih belum ada pengesahan rasmi bagi OnePlus 11 dipasaran global.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.