Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus kini ditawarkan didalam warna Yellow

Apple secara rasminya telah memperkenalkan warna baharu bagi Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus iaitu warna Yellow (kuning).

Penawaran warna baharu ini sudah menjadi tradisi baharu bagi Apple dan ianya diperkenalkan 6 bulan sebelum pelancaran generasi baharu Apple iPhone.

Pra-tempahan bagi Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus didalam warna Yellow ini di Malaysia akan bermula  dari 9 Mac manakala jualan rasmi akan bermula pada 14 Mac  dengan harga jualan dari RM 4,199.

Selain warna Yellow, Apple iPhone 14 dan iPhone 14 Plus juga ditawarkan didalam 5 warna lain iaitu Midnight, Starlight, Product RED, Blue dan Purple.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.