Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stok pra-tempahan Xiaomi 13 Series habis terjual didalam masa 3 hari sahaja

Stok pra-tempahan Xiaomi 13 Series habis terjual didalam masa 3 hari sahaja 1

Stok pra-tempahan Xiaomi 13 Series habis terjual didalam masa 3 hari sahaja 2

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan pra-tempahan bagi Xiaomi 13 Series telah habis dibeli

Telefon pintar flagship premium terbaru yang terhasil dengan kejuruteraan bersama Leica yang dikeluarkan  telah mendapat sambutan yang baik di Malaysia.

Pra-tempahan untuk Xiaomi 13 Series dan Xiaomi 13 Pro didalam pakej edisi terhad mendapat sambutan yang menggalakkan dan telah habis terjual hanya 3 hari selepas pelancaran.

Walaubagaimanapun, jualan rasmi Xiaomi 13 Series akan bermula pada 8 Mac dan setiap pembelian akan  menerima Redmi Buds 4  yang bernilai RM 239 secara percuma.

Xiaomi 13 (12GB+256GB) dan Xiaomi 13 Pro (12GB+256GB) akan ditawarkan masing-masing pada harga RM 3,499 dan RM 4,599.

Dapatkan Xiaomi 13 Series mulai 8 Mac ini di stor fizikal Xiaomi yang berhampiran anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.