Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lionel Messi hadiahkan 35 unit Apple iPhone 14 Pro direka khas kepada staf dan pemain skuad Piala Dunia Argentina

Piala Dunia FIFA 2022 yang berlangsung di Qatar hujung tahun lalu telah dimenangi oleh Argentina buat pertama kali sejak 1986 dan ianya juga merupakan satu-satunya kejohanan yang tidak pernah dimenangi oleh Lionel Messi untuk mengukuhkan status ‘GOAT’ beliau.

Untuk meraikan kemenangan ini, Lionel Messi telah menghadiakan 35 unit telefon pintar Apple iPhone 14 Pro yang direka khas dengan lapisan emas 24 karat.

Setiap unit Apple iPhone 14 Pro ini mempunyai ukiran nama pemain atau staf, nombor, logo Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA – Asociacion del Futbol Argentino) dan logo rakan produksi iDesign Gold.

Setiap unit ini juga hadir didalam kotak mewah dengan sijil ketulenan yang mengesahkan bahawa iPhone 14 Pro adalah produk tulen dengan plak emas 24 karat pada belakang.

Apple iPhone 14 Pro versi 1TB yang direka khas oleh iDesign Gold mempunyai harga sekitar £4,000 (RM 21,495) yang bermaksud jumlah keseluruhan mungkin mencecah £140,000 (RM 752,332).

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.