Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan telefon pintar foldable Samsung pada tahun 2022 adalah 11 juta unit

Pasaran telefon pintar foldable telah mula dibanjiri dengan pelbagai model baharu dengan lebih banyak pengeluar memperkenalkan telefon pintar foldable mereka ke pasaran antarabangsa.

Walaubagaimanapun, Samsung masih kekal sebagai pendahulu didalam pasaran ini kerana produk yang dikeluarkan oleh Samsung adalah yang paling lengkap.

Laporan terbaru Financial Times mendakwa bahawa jumlah jualan telefon pintar foldable Samsung pada tahun 2022 adalah lebih banyak dari jumlah jualan kesemua syarikat pengeluar lain.

Pasaran telefon pintar foldable telah menyaksikan jumlah jualan keseluruhan telefon pintar foldable pada tahun 2022 adalah yang mana ianya Samsung berjaya menjual 11 juta unit diikuti HUAWEI yang berada di tempat kedua dengan jumlah jualan kurang 2 juta unit iikuti Oppo, vivo, Xiaomi, Honor, dan Motorola

Dalam pada itu, Canalys meramalkan bahawa jualan telefon pintar foldable pada tahun 2023 akan meningkat satu kali ganda kepada 30 juta unit dan Samsung kini berhadapan lebih banyak persaingan kerana pengeluar lain mula memperkenalkan telefon pintar foldable ini ke pasaran global.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.