Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI P60 Series mungkin dilancarkan pada Mac – ini hasil gambar dari HUAWEI P60 Pro

Sidang MWC 2023 mungkin telah berakhir tanpa sebarang pengumuman mengenai telefon pintar flagship HUAWEI P Series, namun telefon pintar ini dilihat telah membuat penampilan tidak rasmi pada sidang ini.

He Gang yang merupakan eksekutif HUAWEI telah berkongi beberapa contoh gambar yang didakwa diambil menggunakan HUAWEI P60 Pro ketika beliau berada di Barcelona untuk menghadiri MWC.

Gambar yang diambil kelihatan unik dengan penggunaan sensor telefoto yang baharu dan Digital Chat Station juga mendakwa bahawa HUAWEI telah menggunakan algoritma kamera berkuasa tinggi yang termasuk beberapa pelarasan apertur untuk fotografi potret.

Selain itu, Digital Chat Station juga telah berkongsi maklumat mengenai kamera telefoto yang akan digunakan oleh HUAWEI P60 Pro. Ianya adalah sensor 64MP daripada OmniVision dengan 3.5x zoom dan menggunakan aturan piksel RYYB yang memberikan 40% lebih penyerapan cahaya untuk fotografi malam yang lebih baik.

Selain sensor telefoto baharu ini, HUAWEI P60 Pro juga dikatakan akan memiliki sensor utama 50MP IMX888 dan sensor ultrawide 50MP IMX858.

Lain-lain spesifikasi HUAWEI P60 Pro adalah skrin paparan OLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi 1440p dan kadar segar semula 120Hz, cip Snapdragon 8 Gen 2 4G, pensijilan kalis air IP68 dan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

HUAWEI P60 Series dilaporkan akan dilancarkan pada bulan Mac ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.