Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C55 dengan animasi skrin seperti Dynamic Island akan dilancarkan pada 7 Mac ini

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar realme C55 akan dilancarkan pada 7 Mac ini dipasaran Indonesia.

realme C55 hadir dengan skrin paparan 90Hz berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ dan kecerahan maksima 650nits serta kamera selfie 8MP. Lebih menarik adalah, animasi Mini Capsule yang sama seperti animasi Dynamic Island yang mamparkan amaran bateri rendah, status pengecasan, penggunaan data dan banyak lagi.

Selain itu, realme C55 juga dijana cip Helio G88, dua konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 6/128GB atau 8/256GB serta realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.

Selain itu, realme C55 akan dilengkapi sensor utama 64MP bersama sensor sampingan, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Lain-lain spesifikasi realme C55 adalah sensor capjari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, cip NFC dan talaan audio Dirac.

Akhir sekali, realme C55 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Rainy Night dan Sunshower namun harga jualan masih belum didedahkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.