Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V27e akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Mac ini

vivo V27e akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Mac ini 3

vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo V27e akan dilancarkan dipasaran tempatan pada 1 Mac ini.

vivo V27e akan hadir dengan rekaan yang memiliki gelung lampu flash yang dikenali sebagai aura light bersama rekaan chasis rata dengan warna yang unik.

vivo V27e memiliki skrin paparan Sunlight AMOLED 120Hz berukuran 6.62-inci dengan resolusi FHD+ dan ianya turut dijana cip MediaTek Helio G99 bersama 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Selain itu, vivo V27e juga memiliki sensor utama 64MP yang memiliki OIS, sensor bokeh 2MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah unit 32MP.

Lain-lain spesifikasi vivo V27e adalah bateri 4,600mAh dengan pengecasan 66W FlashCharge, antaramuka FunTouch OS 13, sensor capjari dalam skrin dan Bluetooth 5.2.

vivo V27e akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Lavender Purple dan Glory Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.