Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Malaysia tawar promosi trade-in beli satu percuma satu bagi pembelian Galaxy S23 Series

Samsung Galaxy S23 Series akan mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada 24 Februari namun jika anda masih belum membuat keputusan untuk memiliki telefon pintar terbaru Galaxy, ini mungkin tawaran yang anda tunggu.

Samsung telah mengumumkan penawaran Beli satu percuma satu yang membolehkan anda menerima satu unit Galaxy S23 (128GB) secara percuma apabila anda membeli Samsung Galaxy S23 Ultra dengan menukar telefon pintar Ultra anda yang lama.

Mekanisma tawaran ini adalah anda harus membeli Samsung Galaxy S23 Ultra pada harga yang bermula dari RM 5,699 dan menukar (trade-in) salah satu daripada tiga model yang terpilih iaitu Samsung Galaxy Note20 Ultra, Samsung Galaxy S21 Ultra dan Samsung Galaxy S22 Ultra yang membolehkan anda menerima satu unit Samsung Galaxy S23 (128GB) secara percuma.

Selain itu, bagi penukaran Samsung Galaxy Note20 Ultra, anda juga dikehendaki melakukan bayaran tambahan bernilai RM 399 manakala Galaxy S21 Ultra perlu menambah RM 199 namun tiada bayaran tambahan diperlukan bagi penukaran Galaxy S22 Ultra.

Jangan lepaskan peluang luar biasa ini untuk merasai ciri dan teknologi terbaik pada Samsung Galaxy S23 Ultra, sambil menikmati kemudahan tambahan untuk memiliki dua telefon pintar baharu.

maklumat lanjut layari laman Samsung Malaysia

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S23 Ultra – Kombinasi Prestasi dan Kamera yang lebih Ultra

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.