Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ciri Magic Eraser bakal ditawarkan kepada semua pengguna Android dan iOS

Google telah mengumumkan bahawa ciri Magic Eraser yang diperkenalkan pada Google Pixel 6 akan mula ditawarkan kepada semua pengguna Pixel dan lebih menarik ianya akan turut ditawarkan kepada pengguna Android dan iOS melalui aplikasi Google Photo jika mereka melanggan Google One.

Selain itu, aplikasi Google Photos juga akan menerima sokongan HDR untuk video namun turut memerlukan langganan Google One.

 

Pelancaran ciri Google Photos baharu telah pun bermula untuk pelanggan Google One dan semua pengguna Pixel. Jika anda bukan ahli Google One, anda boleh mendaftar untuk percubaan percuma dalam Google Photos mulai awal Mac untuk mencuba ciri baharu sebelum  melangganan Google One.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.