Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max mungkin hadir didalam warna Dark Red

Walaupun baru hampir memasuki bulan Mac, kata-kata mengenai Apple iPhone 15 sudah mula kedengaran dan yang terbaru adalah mengenai warna yang akan ditawarkan pada Apple iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Tahun 2023, Apple dilaporkan akan memperkenalkan warna ‘hero’ baharu bagi iPhone 15 Pro Series iaitu Dark Red dan lakaran telefon pintar ini didalam warna tersebut telah dikongsikan oleh 9to5Mac.

Warna merah ini dilihat lebih pekat dan tidak sama seperti warna merah Product Red yang biasa ditawarkan oleh Apple.

Sebelum ini, Apple iPhone 12 Pro Series menampilkan warna Pacific Blue sebagai warna eksklusif manakala iPhone 13 Pro Series pula tampil dengan warna Sierra Blue manakala iPhone 14 Pro Series pula tampil didalam warna Deep Purple.

Walaupun warna Dark Red mempunyai potensi untuk diperkenalkan sebagai warna utama bagi iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, Apple masih mempunyai masa yang banyak untuk melakukan pertukaran mengikut kesesuaian mereka.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.