Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Fotografi lebih baik dengan sensor 200MP pada Samsung Galaxy S23 Ultra

Samsung Galaxy S23 Series telah dilancarkan pada awal bulan Februari dan model yang paling mencuri tumpuan dengan tempahan terbanyak adalah Samsung Galaxy S23 Ultra.

Samsung Galaxy S23 Ultra ini tampil dengan beberapa inovasi baharu yang meningkatkan lagi penandaras telefon pintar flagship premium dipasaran dan yang paling mencuri tumpuan adalah penggunaan sensor utama Adaptive Pixel 200MP.

Selepas menggunakan sensor 108MP pada Galaxy S21 Ultra dan Galaxy S22 Ultra, Samsung dilihat perlu memberikan sesuatu kepada bakal pemilik Galaxy S23 Ultra yang membolehkanya berada didalam kelompok  peranti flagship yang terbaik dipasaran.

Sensor 200MP Samsung ini tampil dengan kebolehan untuk mengambil imej yang mempunyai 16x kali ganda lebih resolusi berbanding gambar 12MP dan Samsung juga memberikan anda mengambil gambar pada resolusi penuh 200MP atau 50MP untuk saiz gambar yang lebih ‘ekonomi’.

Dalam pada itu, Samsung juga melengkapkan telefon pintar ini dengan sensor telefoto yang memberikan anda kebolehan zoom sehingga 100× yang membolehkan anda mengambil gambar bulan dan tidak lupa juga fotografi makro yang sentiasa mempunyai keistimewaanya yang tersendiri.

Sesuai dengan keperluan semasa, Samsung juga telah menaiktaraf sensor kamera selfie yang digunakan pada Galaxy S23 Ultra dimana sensor baharu 12MP kini digunakan menggantikan sensor 40MP. Walaupun sensor sebelum ini mempunyai resolusi yang lebih besar, sensor baharu ini adalah lebih besar dari segi size sekaligus menjanjikan gambar selfie yang lebih baik untuk media sosial kegemaran anda.

Kamera selfie Samsung Galaxy S23 Ultra juga tampil dengan sokongan rakaman video Super HDR Selfie dan pada kadar 60fps berbanding hanya 30fps sebelum in.

Penambahbaikan fotografi Samsung juga melibatkan Nightography iaitu mod malam yang lebih menyeluruh dan tahun ini Samsung telah menambah kebolehan Astrophoto yang membolehkan anda menghidupkan gambar malam dengan gugusan bintang dilangit.

Selain itu, video pada Samsung Galaxy S23 Ultra juga telah menerima penambahbaikan yang ketara dimana rakaman video 8K kini dilakukan pada kadar 30fps dan bukanya 24fps seperti pada generasi sebelum ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra :

Ketahui potensi sebenar Galaxy S23 Ultra dengan membaca : ULASAN : Samsung Galaxy S23 Ultra – Kombinasi Prestasi dan Kamera yang lebih Ultra

Berikut adalah lokasi roadshow Samsung Galaxy S23 Series di Malaysia yang sedang berlangsung dari 24 Februari hingga 26 Februari ini.

  • Utama Shopping Mall, Petaling Jaya, Selangor
  • Gurney Plaza, Pulau Pinang
  • AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru

  • Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak

Berikut adalah promosi yang ditawarkan pada roadshow Samsung Galaxy S23 Series ini :

1.Percuma Galaxy Watch5 (40mm) bernilai RM1,099

2. Promosi Eko: Dapatkan DISKAUN sehingga 30% P-W-P bagi Aksesori Samsung, Samsung Care+, Tablet Galaxy, Galaxy Watch dan siri Galaxy Buds

Maklumat lanjut di Samsung

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.