Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series roadshow akan berlangsung dari 24 Februari ini

Samsung Galaxy S23 Series roadshow akan berlangsung dari 24 Februari ini 1

Samsung Galaxy S23 Series roadshow akan berlangsung dari 24 Februari ini 2

Samsung Galaxy S23 Series telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia sejak 2 Februari yang lalu dan akan berakhir pada 23 Februari.

Sehubungan dengan itu, Samsung Malaysia telah mengumumkan roadshow Samsung Galaxy S23 Series yang berlangsung dibeberapa lokasi utama diseluruh negara bermula 24 Februari sehingga 26 Februari ini.

Samsung Galaxy S23 Series roadshow akan berlangsung dari 24 Februari ini 3

Berikut adalah lokasi roadshow Samsung Galaxy S23 Series di Malaysia :

1 Utama Shopping Mall, Petaling Jaya, Selangor

• Gurney Plaza, Pulau Pinang

• AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru

• Vivacity Megamall, Kuching, Sarawak

Berikut adalah promosi yang ditawarkan pada roadshow Samsung Galaxy S23 Series ini :

1.Percuma Galaxy Watch5 (40mm) bernilai RM1,099

2. Promosi Eko: Dapatkan DISKAUN sehingga 30% P-W-P bagi Aksesori Samsung, Samsung Care+, Tablet Galaxy, Galaxy Watch dan siri Galaxy Buds

3. Istimewa promosi trade-in pada roadshow untuk menikmati rebat sehingga RM650

4. Reka sendiri peranti Galaxy anda di Studio Bespoke

5. Putar & Menang: Berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM2,599 dengan pembelian siri Galaxy S23 dalam satu resit

6. Tangkap & Kongsi: Terima RM50 e-baucar apabila anda mencipta dan berkongsi detik epik anda di media sosial dengan hashtag #Send2MeLah dan #SharetheEpic

7. Kopi ZUS + baucar McDonald percuma apabila anda menebus dengan mata ganjaran Samsung Rewards

8. Dapatkan perkhidmatan jurugambar profesional untuk mengambil keluarga atau potret diri anda di roadshow.

Maklumat lanjut di Samsung

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S23 Ultra – Kombinasi Prestasi dan Kamera yang lebih Ultra

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.