Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 3 akan dilancarkan secara rasmi di MWC 2023 pada 28 Februari – miliki pengecasan pantas 240W

realme  secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme GT 3 akan dilancarkan untuk pasaran global di Mobile World Congress (MWC 2023) pada 28 Februari ini.

realme GT 3 ini adalah nama antarabangsa bagi realme GT Neo5  dan terdapat kemungkinan kedua-dua varian iaitu varian 240W dan 150W ditawarkan.

 realme GT 3 ini dijangka akan menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan spesifikasi yang sama seperti model GT Neo5.

Selain itu, realme GT 3 juga dijangka akan tampil dengan skrin paparan 10-bit AMOLED berukuran 6.74-inci dengan kadar semula 144Hz dan ianya memiliki resolusi 2772 x 1240, 100% liputan DCI-P3 dan kadar pensampelan sentuhan 1,500Hz.

Maklumat penuh spesifikasi dan teknologi pengecasan yang akan disertakan bagi realme GT 3 akan didedahkan pada 28 Februari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.