Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan OnePlus 11 5G di Malaysia dapat sambutan luar biasa –

OnePlus 11 5G yang dilancarkan di Malaysia beberapa hari lalu telah dibuka untuk pra-tempahan pada 16 Februari dan sambutan yang diterima untuk telefon pintar flagship terbaru OnePlus ini adalah sangat memberangsangkan.

OnePlus Malaysia telah melaporkan bahawa jumlah pra-tempahan yang diterima bagi OnePlus 11 5G di Malaysia untuk tempoh satu jam pertama selepas pra-tempahan ini dibuka adalah lebih tinggi berbanding jumlah pra-tempahan yang diterima oleh OnePlus 10T bagi tempoh 14 hari.

Selain di Malaysia, pra-tempahan bagi OnePlus 11 5G dipasaran serantau juga menunjukkan permintaan bagi telefon pintar ini juga kukuh di pasaran Singapura dan Thailand.

OnePlus 11 5G kini masih boleh pra-tempah dimana pada haega seperti berikut :

  • Eternal Green (16GB/256GB): RM3,599
  • Titan Black (8GB/128GB): RM3,299

Nikmati promosi istimewa apabila membuat pra-tempahan peranti pintar ini bermula dari hari ini sehingga 24 Februari:

  • Percuma Buds Pro 2
  • Percuma OnePlus 11 5G Bumper Case Sandstone
  • Percuma Lanjutan Jaminan 1-tahun
  • Percuma 1-tahun Perlindungan Skrin 
  • Peluang menyertai cabutan bertuah
  • Poskad Jackson Wang 

Bagi jualan pertama yang akan bermula dari 25 Februari sehingga 3 Mac, Pengguna Malaysia turut berpeluang untuk menikmati:

  • Diskaun Buds Pro 2 PWP RM200 
  • Percuma OnePlus 11 5G  Bumper Case Sandstone
  • Percuma Lanjutan Jaminan 1-tahun
  • Percuma 1-tahun Perlindungan Skrin 
  • Peluang menyertai cabutan bertuah
  • Poskad Jackson Wang 

Sila layari www.oneplus.com/my/oneplus-11, Shopee – http://bit.ly/3jYgFa7, Lazada – http://bit.ly/3Klg9Oz dan kunjungi platform dalam talian rasmi OnePlus Official Retail Stores untuk perincian OnePlus 11 5G.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.