Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix Note 12 2023 Edisi MLBB Light Chaser Beatrix  kini ditawarkan di Malaysia – harga dari RM 799

Infinix secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar Infinix Note 12 2023 dengan pembungkusan eksklusif MLBB Light Chaser Beatrix  kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 799.

ini dilancarkan dengan kerjasama  Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)  untuk meraikan Kejohanan Dunia M4 yang diadakan baru-baru ini.

Selain pembungkusan edisi baharu, peminat Xfans dan MLBB di seluruh negara akan dapat menerima sarung telefon MLBB edisi terhad percuma apabila membeli NOTE 12 2023 Edisi MLBB Light Chaser Beatrix ini sementara stok masih ada.

Infinix Note 12 2023 Edisi MLBB Light Chaser Beatrix  ini hadir dengan skrin paparan True Colour AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ yang mempunyai gamut warna DCI-P3 100% bersama rekaan yang nipis iaitu hanya 7.8mm.

Selain itu, Infinix Note 12 2023 juga dijana dengan cip MediaTek Helio G99 yang merupakan cip 6nm berprestasi tinggi dengan 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan ciri Extended RAM yang memberikan tambahan 5GB RAM. Infinix Note 12 2023 juga tampil dengan Monster Gaming Kit untuk pengalaman gaming terbaik.

Beralih kepada kamera, Infinix Note 12 2023 memiliki sensor utama 50MP Ultra Night bersama sensor depth 2MP dan sensor AI. kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, telefon pintar terbaru Infinix ini juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Infinix Note 12 2023 Edisi MLBB Light Chaser Beatrix  ini ditawarkan didalam tiga warna iaitu Volcanic Grey, Tuscany Blue dan Alpine White pada harga RM 799 bagi versi 8/128GB manakala versi 8/256GB ditawarkan pada harga RM 899.

Dapatkanya di stor rasmi Infinix Malaysia di Lazada dan Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.