Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Buds Pro 2 kini rasmi dengan Spatial Audio dan 39 jam waktu pendengaran

OnePlus Buds Pro 2 kini rasmi dengan Spatial Audio dan 39 jam waktu pendengaran 1

OnePlus Buds Pro 2 kini rasmi dengan Spatial Audio dan 39 jam waktu pendengaran 2

Selain OnePlus 11 5G, OnePlus juga telah memperkenalkan earbuds flagship terbaru syarikat ini iaitu OnePlus Buds Pro 2 yang dibangunkan dengan kerjasama Dyanaudio.

OnePlus Buds Pro 2 memiliki dua pemacu MelodyBoost 11mm+6mm dan ianya juga membawakan sokongan Google spatial audio apabila digunakan bersama Dolby Head Tracking pada OnePlus 11 5G.

Selain itu, OnePlus Buds Pro 2 juga mempunyai ciri Smart Adaptive Noise Cancellation yang mampu menyingkirkan bunyi persekitaran sehingga 48dB dan namun masih terdapat mod transparency untuk anda mendengar bunyi sekeliling dan perbualan.

OnePlus Buds Pro 2 kini rasmi dengan Spatial Audio dan 39 jam waktu pendengaran 3

Selain itu, OnePlus Buds Pro 2 juga akan menawarkan pendengaran sehingga 39 jam apabila ANC dimatikan dan ianya juga menyokong pengecasan tanpa wayar Qi bersama pengecasan berwayar menggunakan USB-C.

Seterusnya, OnePlus Buds Pro 2 juga mempunyai pensijilan kalis air IP55 bagi earbuds dan IPX4 bagi bekas pengecasan.

OnePlus Buds Pro 2 juga ditawarkan didalam dua warna yang sepadan dengan OnePlus 11 5G iaitu  Obsidian Black dan Arbor Green pada harga $179 (RM 770).

Earbuds terbaru OnePlus ini akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Februari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.