Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet pertama OnePlus Pad kini rasmi dengan spesifikasi premium dan rekaan unik

Seperti dilaporkan, OnePlus juga secara rasminya telah memperkenalkan tablet pertama mereka iaitu OnePlus Pad yang juga unik dari segi rekaan.

OnePlus Pad adalah sebuah tablet premium yang dijana cip MediaTek Dimensity 9000, sehingga 12GB RAM LPDDR5, storan dalaman 128GB/256GB jenis UFS 3.1 dan OxygenOS 13.1

Pada bahagian hadapan, OnePlus Pad tampil dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 11.61-inci dengan resolusi 2800x2000px dan kadar nisbah 7:5.

Panel yang digunakan OnePlus ini juga mampu mencapai kecerahan sehingga 500nits dan ianya turut menyokong kadar segar semula 144Hz serta Dolby Vision.

Pada bahagian belakang, OnePlus Pad dilengkapi satu sensor utama 13MP yang menyokong rakaman video 4K dan terdapat kamera 8MP dibahagian hadapan yang menyokong rakaman 1080p.

Selain itu, OnePlus Pad mempunyai 4 pembesar suara iaitu satu pada setiap bucu tablet dan ianya menawarkan sokongan Dolby Atmos.

Dalam pada itu, OnePlus juga menawarkan peralihan mudah antara Pad dan telefon pintar OnePlus termasuk membolehkan tablet menggunakan rangkaian komuninasi telefon pintar untuk akses internet.

Seterusnya, OnePlus Pad mempunyai bateri berkapasiti 9,510mAh yang mampu menawarkan sehingga 14 jam penstriman video dan 1 bulan waktu standby. Ianya juga disertakan dengan pengecasan 67W SuperVOOC yang mampu memenuhi bateri ini didalam masa sekitar 80 minit.

OnePlus Pad juga tampil dengan dua aksesori iaitu Folio Case dan OnePlus Stylo yang merupakan stylus yang boleh digunakan untuk mencatit nota dan lakaran pada OnePlus Pad.

Akhir sekali, OnePlue Pad akan dibuka untuk pra-tempahan di Eropah, India dan Amerika Utara bermula April namun harga jualan tidak diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.