Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 11 5G kini rasmi untuk pasaran global dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama 3 sensor flagship

OnePlus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship 2023 mereka iaitu OnePlus 11 5G untuk pasaran global dan ianya akan turut ke pasaran Malaysia pada 14 Februari ini.

OnePlus11 5G  memiliki skrin paparan Fluid AMOLED LTPO 3.0  berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz dengan sokongan kadar segar semula 1Hz sehingga 120Hz pada lebih dari 100 aplikasi.

Selain itu, OnePlus 11 5G juga dikuasakan dengan cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2, 8GB atau 16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB atau 512GB jenis UFS 4.0.

Bercakap mengenai kamera, OnePlus 11 5G memiliki sensor utama 50MP iaitu sensor IMX890 dengan PDAF dan OIS manakala sensor ultrawide yang digunakan adalah sensor 48MP Sony IMX581 yang mempunyai pemfokusan auto bersama sokongan fotografi makro.

Seterusnya, OnePlus 11 5G juga memiliki sensor telefoto 32MP 2x iaitu Sony IMX709 yang merupakan sensor RGWB untuk meningkatkan penyerapan cahaya dan memberikan hasil potret yang lebih profesional.

Melengkapkan teknologi kamera ini adalah sentuhan daripada Hasselblad yang akan memastikan OnePlus sebagai antara telefon pintar flagship dengan teknologi kamera terbaik pada tahun 2023.

Tidak lupa juga, OnePlus 11 5G turut memiliki kamera selfie 16MP yang diletakkan pada sisi kiri lubang punch hole.

Bercakap mengenai bateri, OnePlus 11 5G hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 100W (0-100% dalam masa 25 minit) namun tiada sokongan pengecasan tanpa wayar disertakan.

Seterusnya, OnePlus 11 5G akan dilancarkan dengan Color OS 13 yang berasaskan Android dan motor vibrasi X-linear yang pasti menjadi ciri yang diminati gamers.

Selain itu, OnePlus 11 5G juga akan menjadi telefon pintar pertama untuk menerima 4 kemaksini OxygenOS dan lima tahun kemaskini keselamatan.

Akhir sekali, OnePlus 11 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Green dan Black dengan harga yang bermula dari $699 (sekitar RM 3,006)

Harga OnePlus 11 5G di Malaysia dijangka akan diumumkan pada majlis pelancaran tempatan pada 14 Februari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.