OnePlus 11R 5G kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan pantas 100W – tidak akan dilancarkan di Malaysia
Pelancaran OnePlus Cloud 11 lewat malam tadi juga telah menyaksikan syarikat ini turut memperkenalkan OnePlus 11R 5G yang dilihat sebagai kembar seiras OnePlus 11 5G.
OnePlus 11R 5G tampil dengan skrin paparan 120Hz Fluid AMOLED berukuran 6.74-inci dengan resolusi 2K+ dan kadar segar semula Adaptive Dynamic Frame Rate sehingga 120Hz.
Selain itu, OnePlus 11R 5G ini dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dilancarkan pada pertenghan tahun 2022 dan masih boleh diklasifikasikan sebagai sebuah cipset flagship.
Bersama cip Qualcomm ini, OnePlus 11R juga ditawarkan didalam dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 16GB dan storan dalaman adalah 128GB atau 256GB.
Selain itu, OnePlus 11R juga akan dilengkapi sensor utama 50MP IMX890, sensor ultrawide 120° 8MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah 16MP.
Dari segi bateri, OnePlus 11R 5G memiliki kapasiti yang sama seperti OnePlus 11 5G iaitu 5,000mAh dengan pengecasan pantas 100W yang mampu memberikan 100% pengecasan didalam masa 25 minit.
Akhir sekali, OnePlus 11R akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Galatic Silver dan Sonic Black pada harga yang bermula dari INR 39,999 (RM 2,077) bagi varian 8/128GB dan INR 44,999 (RM 2,334) bagi varian 16/256GB.
Agak menyedihkan, OnePlus 11R dijangka tidak akan memasuki pasaran antarabangsa yang lain kecuali di India.