Polis gesa rakyat jangan kongsi maklumat kehadiran polis di aplikasi seperti Waze
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata perkongsian maklumat sekatan jalan raya atau kehadiran polis di aplikasi seperti Waze.
Beliau berkata laporan kehadiran polis ini menjejaskan penguatkuasaan terhadap pemandu yang ingkar terutamanya mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan kesalahan trafik lain.
Walaupun terdapat reaksi negatif terhadap gesaan ini, laporan ini seperti membolehkan anda mengelak daripada kesesakan lalulintas namun ianya juga memberi peluang untuk pesalah trafik terlepas dari dihukum.
Azmi berharap supaya orang ramai terutamanya pengguna jalan raya memberi kerjasama kepada pihak polis daripada cuba membantu mereka yang melakukan kesalahan jalan raya.