Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Waze kini memaparkan senarai lokasi tambah nilai Touch n Go tanpa surjac

Waze kini memaparkan senarai lokasi tambah nilai Touch n Go tanpa surjac 1
Selepas mengumumkan paparan harga tol didalam aplikasi Waze, syarikat itu kini telah mengumumkan bahawa senarai 500-pusat tambah nilai Touch n Go dengan kosong surjcaj juga boleh dilihat pada Waze.

Ini bermaksud anda tidak lagi perlu risau mengenai kos tambahan 50 sen yang dikenakan apabila ingin menambah nilai kad Touch n Go anda.

Waze kini memaparkan senarai lokasi tambah nilai Touch n Go tanpa surjac 2

Dengan penawaran senarai tambah nilai Touch n Go tanpa yuran, pemandu kini boleh merancang lebih awal dimana anda ingin menambah nilai sebelum memulakan perjalanan dan mengelakkan berbaris panjang di plaza Tol ketika musim percutian yang bakal tiba.

Anda hanya perlu menaip ‘Touch n Go Reload’ di ruang carian dan senarai lokasi tambah nilai Touch n Go percuma akan diberikan untuk anda.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.