Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

IDC : Pasaran telefon pintar global mencatatkan penurunan sebanyak 11.3% pada tahun 2022

IDC : Pasaran telefon pintar global mencatatkan penurunan sebanyak 11.3% pada tahun 2022 1

IDC : Pasaran telefon pintar global mencatatkan penurunan sebanyak 11.3% pada tahun 2022 2

Laporan terbaru daripada IDC mengenai prestasi pasaran telefon pintar global menyaksikan prestasi hambar pada suku ke-4 tahun 2022.

IDC melaporkan bahawa pasaran telefon pintar global pada suku ke-4 2022 telah menyaksikan penurunan 18.3% kepada 300.3 juta unit dan kesemua lima syarikat telefon pintar mencatatkan penurunan dua digit berbanding suku ke-4 tahun 2021.

Secara keseluruhan, jualan telefon pintar pada tahun 2022 adalah 1.21 bilion unit yang mencatakan penurunan sebanyak 11.3% berbanding 1.36 bilion unit pada tahun 2021.

IDC : Pasaran telefon pintar global mencatatkan penurunan sebanyak 11.3% pada tahun 2022 3

Pada suku ke-4, Apple mendahului pasaran dengan jualan sebanyak 72.3 juta unit yang memberikanya 24.1% pegangan pasaran manakala Samsung ditempat kedua dengan 58.2 juta unit yang memberikan syarikat ini 19.4% pegangan pasaran diikuti Xiaomi dengan 33.2 juta unit (11%), Oppo ditempat ke-4 dengan 25.3 juta unit dan vivo ditempat ke-5 dengan 22.9 juta unit.

IDC : Pasaran telefon pintar global mencatatkan penurunan sebanyak 11.3% pada tahun 2022 4

Walaubagaimanapun, Samsung merupakan pendahulu pasaran keseluruhan bagi tahun 2022 dengan 260.9 juta unit iaitu 21.6% pegangang pasaran manakala Apple ditempat kedua dengan 226.4 juta unit yang memberikan 18.8% pegangan pasaran diikuti Xiaomi dengan 153.1 juta unit yang mewaikili 12.7% pasaran.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.