Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Coca-Cola bakal lancarkan Cola Phone tidak lama lagi

Coca-Cola bakal lancarkan Cola Phone tidak lama lagi 3

Pelancaran telefon pintar edisi khas sudah menjadi satu trend dikalangan pengeluar telefon pintar namun telefon keluaran syarikat minuman Coca-Cola sudah pastinya menarik perhatian semua.

Coca-Cola dilaporkan akan berkerjasama dengan sebuah syarikat telefon pintar untuk melancarkan Cola Phone dan ianya mungkin dilancarkan dipasaran India tidak lama lagi.

Selain itu, Cola Phone dikatakan mungkin akan berasaskan telefon pintar realme 10 dan gambar pertama telefon pintar ini mempunyai persamaan yang ketara dengan telefon pintar keluaran realme ini.

Buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi dari Coca-Cola mahupun realme mengenai kewujudan telefon pintar Cola Phone ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.