Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series disahkan guna gelas Gorilla Glass Victus 2

Samsung Galaxy S23 Series disahkan guna gelas Gorilla Glass Victus 2 3

Samsung Galaxy S22 Series merupakan telefon pintar pertama dipasaran untuk menggunakan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+ dan sejarah bakal berulang sekali lagi dengan pelancaran Gorilla Glass Victus 2 pada Samsung Galaxy S23 Series.

Corning secara rasmi telah mengesahkan bahawa telefon pintar Galaxy yang seterusnya akan hadir dengan penggunaan gelas keselamatan terbaru ini dan pengesahan ini tiba disaat pelancaran Samsung S23 Series hanya berbaki 6 hari sahaja lagi.

Gorilla Glass Victus 2 memfokuskan kepada ketahanan lebih baik daripada kejatuhan yang termasuk jatuhan pada permukaan kasar seperti konkrit pada ketinggian sehingga 1m atau sehingga 2m pada jalan tar.

Gorilla Glass Victus 2 juga lebih mesra kepada alam sekitar kerana ia mengandungi purata 22% kandungan kitar semula “pra-pengguna” dan telah memperoleh pensijilan produk mesra alam.

Dalam pada itu, Gorill Glass Victus 2 dijangka akan digunakan pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang telefon pintar Samsung Galaxy S23 Series ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.