Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G – akan dilancarkan pada 7 Februari

 

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 31

OnePlus, jenama telefon pintar global yang merupakan pengasas telefon pintar flagship killer yang kini menjadi antara jenama terkemuka dipasaran.

OnePlus baru sahaja meraikan ulang tahun ke-9 syarikat ini dan pelancaran generasi terbaru telefon pintar flagship syarikat ini iaitu OnePlus 11  5G dipentas global akan berlangsung pada 7 Februari ini.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 32

OnePlus 11 5G adalah telefon pintar flagship syarikat ini dan ianya akan menjadi satu-satunya model flagship yang bermaksud tahun ini tiada model ‘Pro’ dilancarkan.

Pihak OnePlus Malaysia telah memberikan kami akses awal kepada telefon pintar flagship terbaru syarikat ini dan didalam artikel ini kami akan memberikan anda gambar penuh penampilan luaran telefon pintar ini manakala ulasan yang lebih mendalam akan diterbitkan pada 7 Februari kelak.

Tanpa melengahkan masa, jom kita terokai kotak hadiah eksklusif OnePlus 11 5G yang kami terima ini.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 33

Menariknya, kotak hadiah OnePlus ini juga mengandungi OnePlus Buds Pro 2 yang akan turut dilancarkan pada 7 Februari ini di acara OnePlus Cloud 11.

Walaubagaimanapun, masih belum ada sebarang kepastian samada kotak hadiah ini akan turut ditawarkan untuk jualan umum.

Pada bahagian atas kotak berwarna merah, anda boleh melihat logo OnePlus pada bahagian tengah manakala logo Hasselbad diletakkan pada bahagian bawah kotak yang merupakan lambang kerjasama antara dua syarikat ini pada bahagian kamera.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 34

Apabila anda membuka sahaja kotak, anda akan melihat dua kotak berasingan iaitu satu bagi OnePlus 11 5G dan satu lagi adalah OnePlus Buds Pro 2.

Pertama kita lihat dahulu apa isi kandungan kotak OnePlus 11 5G ini.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 35

OnePlus 11 5G tampil didalam kotak berwarna merah yang merupakan warna rasmi OnePlus dengan nombor 11 serta logo OnePlus dan logo Hasselblad dibahagian bawah. pada kedua-dua sisi kotak terdapat tulisan OnePlus 11 5G yang merupakan nama model telefon pintar ini.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 36Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 37

Selepas itu, anda akan melihat satu kotak dengan tulisan Never Settle yang merupakan slogan OnePlus dan didalam kotak ini terdapa risalah seperti manual pengguna, pelekat dan kad waranti namun tiada sebarang bekas silikon untuk telefon pintar disertakan.

Seterusnya, apabila kotak hitam tersebut dialihkan anda akan melihat OnePlus 11 5G yang dilapik dengan kertas berwarna putih manakala didalam kotak terdapat kabel USB-C didalam warna merah dan adapter pengecasan SuperVOOC.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 38

Reka bentuk OnePlus 11 5G adalah sesuatu yang berada pada tahap teratas dari segi kualiti yang setaraf atau lebih baik dari peranti flagship premium dipasaran.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 39

Sejarah membuktikan bahawa telefon pintar keluaran OnePlus sentiasa mementingkan aspek reka bentuk yang berkualiti tinggi dan anda pasti tidak dapat melupakan reka bentuk panel Sandstone Black yang diperkenalkan pada OnePlus One dan telah juga beberapa kali membuat penampilan pada beberapa model susulan telefon pintar flagship OnePlus.

OnePlus 11 5G yang kami terima ini tampil didalam warna Eternal Green namun terdapat satu lagi warna yang sedikit sebanyak mirip kemasan Sandstone Black.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 40

Selain itu, panel belakang OnePlus 11 5G juga menempatkan reka bentuk kamera yang unik dan berlainan yang semestinya telah mendapat sentuhan Hasselblad.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 41

Pada bahagian sisi, OnePlus 11 5G juga menyaksikan penawaran semula Alert Slider yang merupakan butang ikonik OnePlus walaupun ianya tidak disertakan pada OnePlus 10T.

Selain itu, lain-lain butang yang ada pada OnePlus 11 5G adalah seperti biasa iaitu butang kuasa dan butang kelantangan bunyi. Tidak lupa gril pembesar suara dan slot SIM.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 42

Selain OnePlus 11 5G, OnePlus juga menyertakan peranti TWS terbaru syarikat ini iaitu OnePlus Buds Pro 2 dan berikut adalah sedikit sebanyak gambar yang memberikan anda reka bentuk dan isi kotak peranti ini.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 43

Berikut adalah gambar OnePlus 11 5G dan OnePlus Buds Pro 2 dari setiap sudut :

Tonton Video Unboxing OnePlus 11 5G di Instagram Mobile Fokus

Buat masa ini, kami tidak dapat memperkatakan tentang reka bentuk atau spesifikasi OnePlus 11 5G ini dengan lebih mendalam namun segala persoalan anda akan terjawab pada 7 Februari 2023.

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 54

Akhir sekali, OnePlus 11 5G dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sebagai antara pasaran global terawal  untuk menerima telefon pintar ini yang membuktikan komitmen syarikat ini untuk menawarkan yang terbaik kepada pengguna Malaysia.

 

Buka Kotak dan Pandangan Pertama OnePlus 11 5G - akan dilancarkan pada 7 Februari 55

Jangan lupa saksikan majlis pelancaran OnePlus Cloud 11 pada 7 Februari ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.