Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple mulakan proses pengambilan pekerja untuk Apple Store Malaysia

Apple mulakan proses pengambilan pekerja untuk Apple Store Malaysia 3

Apple semakin hampir untuk membuka stor fizikal pertama mereka di Malaysia dan syarikat ini telah memulakan proses pengambilan pekerja.

Sehubungan dengan itu, Apple baru-baru ini telah membuat iklan jawatan kosong bagi pelbagai jawatan yang akan menyokong operasi Apple Store di Malaysia.

Malaysia akan menjadi negara ketiga di Asia Tenggara untuk memiliki Apple Store selepas di Singapura dan Thailand dan syarikat ini mempunyai hampir 510 stor diseluruh dunia dengan majoriti stor terletak di Amerika Syarikat.

Selain itu, Penyenaraian jawatan kosong Apple ini juga tidak mendedahkan lokasi stor pertama Apple di Malaysia namun lokasi yang disebut-sebut adalah menara The Exchange TRX.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.