Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Buds Pro 2 akan dilancarkan pada 7 Februari ini – TWS pertama dengan ciri Google Spatial Audio

OnePlus sedang dalam misi untuk menawarkan peranti audio berkualiti tinggi melalui fon telinga tanpa wayar flagship syarikat ini iaitu OnePlus Buds Pro 2.

OnePlus telah mengesahkan bahawa TWS ini akan dilengkapi dengan ciri baharu yang menarik untuk pengguna Android dengan menetapkan standard baharu untuk kestabilan dan keserasian audio spatial apabila ia dilancarkan di pasaran global pada 7 Februari ini.

TWS pertama dengan Google Android Spatial Audio 

OnePlus Buds Pro 2 ialah antara  fon telinga TWS pertama dipasaran yang menggunakan ciri audio spatial Google yang dibangunkan untuk Android 13.

Ianya menawarkan pengalaman berbilang dimensi dalam sepasang fon telinga kecil yang membolehkan bunyi sentiasa datang dari kedudukan tetap tanpa mengira pergerakan, dengan kualiti audio 3D yang sama seperti di pawagam.

Dengan kerjasama Google, OnePlus telah mengoptimumkan audio spatial Buds Pro 2 untuk mensimulasikan pengalaman berbilang dimensi mengasyikkan yang terdapat di pawagam.

Menggunakan algoritma spatial OnePlus dan sensor IMU, OnePlus Buds Pro 2 membawa ciri audio spatial ke tahap seterusnya dengan kestabilan tambahan, keserasian dengan pengembangan aplikasi selain turut membolehkan aplikasi lain menggunakan teknologi ini.

Sambungan yang Lancar dengan ciri Google Fast Pair dan Audio Switching

Dalam usahanya mencipta sambungan yang lancar, OnePlus Buds Pro 2 meningkatkan kecekapannya dengan ciri Fast Pair Android, yang membolehkan anda menyambung dengan pantas ke peranti Android berdekatan dalam satu ketikan.

Dengan ciri Audio Switching Android, OnePlus Buds Pro 2 juga dapat menyambung ke dua peranti Android secara serentak dan menukar audio antara peranti tersebut dengan lancar berdasarkan tindakan anda, tanpa perlu menukar tetapan Bluetooth.

Akhir sekali, OnePlus Buds Pro 2 akan dilancarkan pada Acara OnePlus Cloud 11 pada 7 Februari 2023.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.