Samsung dilapor akan turut menggunakan cip Snapdragon khas pada Galaxy S24 Series
Pasukan Samsung Mobile eXperience (MX) dilaporkan sedang membangunkan cipset baharu untuk telefon pintar flagship Samsung Galaxy namun ianya tidak akan ditawarkan pada Galaxy S23 Series.
Walaubagaimanapun, TM Roh dijadualkan untuk memperkatakan tentang pembangunan cipset ini di Samsung Unpacked 2023 pada 1 Februari ini namun pembangunan cipset ini mungkin tidak selesai untuk pelancaran pada Galaxy S24 Series.
Laporan terbaru dari Yogesh Brar mendakwa bahawa penggunaan cipset ekslusif Snapdragon (dengan kelajuan yang lebih tinggi) untuk telefon pintar Galaxy akan turut diteruskan pada Galaxy S24 Series.
Selain itu, program Snapdragon for Galaxy dikatakan akan berterusan sehingga cipset terbaru Samsung MX sedia untuk digunakan pada telefon pintar Galaxy dan selepas itu, hak penggunaan varian cipset eksklusif mungkin ditawarkan kepada jenama lain.
Cipset ini dijangka tidak akan siap sehingga tahun 2025 namun sejauh mana pembangunan cipset ini akan kita ketahui melalui pengumuman yang dilakukan oleh TM Roh.