Jabra raih Anugerah Inovasi CES 2023 bagi Jabra Elite 5 dan Evolve2 Buds
Jabra, peneraju dalam penyelesaian bunyi peribadi dan pejabat, baru-baru ini mempamerkan rangkaian produk TWS di CES 2023, pameran teknologi paling berpengaruh di dunia di Amerika Syarikat, dengan model terbaharu didalam siri Jabra Elite dan Jabra Evolve.
Jabra diumumkan sebagai pemenang anugerah dalam Anugerah Inovasi CES 2023 yang berprestij minggu lepas.
Jabra Elite 5 dan Evolve2 Buds telah dinamakan sebagai penerima anugerah bagi kedua-dua produk gred pengguna dan perusahaan.
Jabra Elite 5
Jabra Elite 5 adalah sebuah earbuds premium yang dikuasakan cip Bluetooth Qualcomm QCC3050 dengan ciri pembatalan bunyi hingar aktif hibrid (ANC).
Jabra Elite 5 dilengkapi pemacu 6mm yang diperhalusi untuk bunyi yang lebih kuat dan ianya juga disertakan dengan 6 mikrofon untuk panggilan yang berkualiti tinggi serta sambungan mudah melalui Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair.
Seterusnya, Jabra Elite 5 menjanjikan jangka hayat bateri sehingga 7 jam dengan satu pengecasan pada earbuds namun ianya boleh dilanjut sehingga 28 jam dengan bekas pengecasan yang turut menyokong pengecasan tanpa wayar Qi.
Dalam pada itu, Jabra Elite 5 juga menyokong kodek Qualcomm aptX Audio, AAC, SBC dan Spotify Tap Playback dengan kerjasama Spotify.
Seperti kebanyakkan TWS Jabra, Jabra Elite 5 juga tampil dengan Google Assistant dan Alexa serta kalis air dan habuk IP55.
Jabra Elite 5 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 didalam dua pilihan warna iaitu Titanium Black dan Gold Biege.
Jabra Elite 5 kini boleh dibeli melalui penjual terpilih diseluruh negara, stor rasmi Jabra di Shopee dan Lazada.
Jabra Evolve2 Buds
Jabra Evolve2 Buds adalah TWS terbaik yang direka untuk meningkatkan tumpuan dan menambah baik kerjasama untuk para profesional yang bekerja semasa dalam perjalanan.
Evolve2 Buds turut mempunyai pengesahan rasmi untuk kegunaan pada platform mesyuarat maya terkemuka seperti Microsoft Teams dan Zoom
Berikut adalah ciri-ciri utama Evolve2 Buds:
- Diperakui untuk Microsoft Teams dan platform UC terkemuka – untuk pengalaman kerjasama yang dipertingkatkan
- Teknologi MultiSensor Voice – memastikan prestasi panggilan profesional dengan menggunakan mikrofon berbilang dan algoritma Jabra untuk menyekat hingar
- Penyesuai USB plug-and-play untuk sambungan yang dipertingkatkan – Jarak 20 meter/65 kaki memberikan pengguna kebebasan untuk bergerak di sekitar persekitaran kerja mereka
- Sambungan Multipoint termaju – sambungan kepada dua peranti secara serentak
- Pembatalan Bunyi Aktif Boleh Laras – menapis hingar latar belakang bagi meningkatkan tumpuan
- Penggunaan HearThrough dan satu fon telinga – membolehkan pengguna mendengar bunyi sekeliling melalui fon telinga ketika memakainya
- Meningkatkan hayat bateri – dengan kuasa bateri selama 33 jam, termasuk bekas pengecasan dan pengecasan tanpa wayar
- Reka bentuk ultra tersembunyi – untuk keselesaan muktamad dan penampilan profesional
Jabra Evolve2 Buds kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,640 untuk USB-C UC atau RM 1,860 untuk USB-C UC dengan Pad Pengecasan Tanpa Wayar.