Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple dilaporkan mahu tingkatkan pengeluaran iPhone di India ke 50% menjelang 2027

Pada bulan September yang lalu, J.P Morgan telah mengeluarkan laporan bahawa Apple mahu mengalihkan 25% daripada pengeluaran global iPhone ke India menjelang 2025.

Terbaru, South China Morning Post melaporkan bahawa ianya mungkin meningkat ke tahap 50% menjelang tahun 2027.

Ketika ini kilang pengeluaran di India bertanggungjawab ke atas 5% pengeluaran iPhone dan terdapat khabar angin yang mendakwa pengeluaran Apple iPhone 15 Series di India akan bermula serentak seperti di China.

Selain iPhone, Apple juga telah mengalihkan pengeluaran produk lain syarikat ini ke negara lain seperti peningkatan kepada pengeluaran AirPod dan MacBook di Vietnam.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.