Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

LeEco S1 Pro – Klon pertama Apple iPhone 14 Pro yang lengkap dengan Dynamic Island

LeEco S1 Pro - Klon pertama Apple iPhone 14 Pro yang lengkap dengan Dynamic Island 1

LeEco S1 Pro - Klon pertama Apple iPhone 14 Pro yang lengkap dengan Dynamic Island 2

LeTV , sebuah syarikat pengeluar telefon pintar berpangkalan di China telah mengumumkan satu model telefon pintar bersempena dengan sambutan tahun baru cina yang akan disambut pada 22 Januari ini.

Apa yang mencuri tumpuan adalah LeEco S1 Pro ini tampil dengan rekaan yang berinspirasikan iPhone 14 Pro yang termasuk Dynamic Island dengan fungsi yang hampir sama.

Persamaan ini boleh dikatakan pada bahagian luaran sahaja kerana LeEco S1 Pro tampil dengan spesifikasi yang jauh berbeza.

LeEco S1 Pro - Klon pertama Apple iPhone 14 Pro yang lengkap dengan Dynamic Island 3

Terus kepada spesifikasi, LeEco S1 Pro mempunyai skrin paparan LCD berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD+ dan ianya dikuasakan dengan cip 12nm Zhanrui T7510, GPU Imagination 9446, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Selain itu, LeEco S1 Pro juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 10W, sensor kamera 13MP dibelakang dan sensor 5MP untuk tugas selfie.

Selain itu, LeEco S1 Pro juga hadir dengan HUAWEI Mobile Services yang tidak mengejutkan kerana Google Mobile Services tidak ditawarkan di China.

LeTV LeEco S1 Pro kini telah dibuka untuk pra-tempahan pada harga CNY 899 (RM 581).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.