vivo X90 Series akan tiba di Malaysia pada 3 Februari 2023
vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo X90 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Februari ini.
Pihak vivo Malaysia telah menghantar jemputan rasmi ke majlis pelancaran vivo X90 Series dan kita mungkin menyaksikan pelancaran dua model iaitu vivo X90 dan vivo X90 Pro namun status penawaran vivo X90 Pro+ pula tidak diketahui buat masa ini.
vivo X90 dan vivo X90 Pro akan tampil dengan skrin paparan curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz. ianya adalah panel yang mengeluarkan output 10-bit warna dan kecerahan 1,300nits.
Beralih kepada kamera, vivo X90 tampil dengan satu sensor utama 50MP IMX866 yang memiliki aperture f/1.75 dan OIS, satu sensor ultrawide 12MP IMX663 dan satu sensor telefoto 12MP IMX633 yang menawarkan 2x zoom optik.
vivo X90 Pro pula tampil dengan sensor utama 1-inci IMX989 dengan aperture f/1.75, sensor ultrawide 12MP dan sensor portrait 50MP yang juga menawarkan 2x zoom optik.Melengkapkan bahagian kamera ini adalah dengan penggunaan cip pengimejan V2 yang membantu pemprosesan imej dan gambar low-light yang lebih baik.
ke bahagian bateri, vivo X90 tampil dengan dwi-sel bateri berkapasiti 4,810mAh manakala vivo X90 Pro pula tampil dengan bateri 4,870mAh dan kedua-dua model ini menyokong pengecasan pantas 120W. vivo X90 Pro juga menyokong pengecasan tanpa wayar 50W namun hanya dengan pengecasan tanpa wayar khas yang dikeluarkan oleh syarikat ini.
Akhir sekali, vivo X90 dan X90 Pro akan hadir dengan Funtouch OS 13 yang berasaskan Android 13.