Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pembekal utama skrin OLED iPhone bakal buka kilang di Vietnam – labur $400 juta

Pembekal panel skrin Apple iaitu BOE dilaporkan sedang mengadakan rundingan untuk membuka kilang pengeluaran panel OLED di utara Vietnam yang akan digunakan pada generasi iPhone yang akan datang.

BOE dilaporkan akan membuat pelaburan bernilai $400 juta pada tanah berukuran 100 hektar dengan separuh daripada tanah akan digunakan untuk pembinaan kilang pengeluaran panel OLED bernilai $250 juta dan BOE mahu kilang ini beroperasi seawal tahun 2025.

Perancangan ini menunjukkan usaha Apple untuk mengalihkan kebergantungan bekalan komponen dari China yang menghadapi pelbagai isu seperti geopolitik dan covid-19.

Dalam pada itu, penganalisa Apple iaitu Ming-Chi Kuo berkata bahawa BOE bakal menjadi pembekal terbesar panel skrin iPhone menjelang 2024 dan ianya juga telah menerima tempahan besar bagi membekalkan skrin untuk Apple iPhone 15 dan iPhone 15 Pro Max.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.