Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi akan lancar telefon pintar flagship dengan kamera Leica di MWC 2023

Xiaomi dilaporkan akan memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru syarikat dengan sistem kamera Leica di MWC 2023 yang akan berlangsung di Barcelona bulan hadapan.

Telefon pintar yang dikatakan sebagai pengganti kepada Xiaomi 12S Ultra ini akan hadir dengan sensor utama 1-inci dan lensa Leica serta cip Snapdragon 8 Gen 2.

Walaubagaimanapun, pelancaran di pentas MWC 2023 adalah sesuatu yang positif kerana ianya disasarkan kepada pasaran global dan tidak hanya untuk pasaran China seperti Xiaomi 12S Ultra.

Selain itu, Xiaomi juga dijangka akan memperkenalkan tablet Xiaomi Pad 6 dan Xiaomi Pas 6 Pro yang masing-masing dijana cip Snapdragon 870 dan Snapdragon 8+ Gen 1.

MWC 2023 akan berlangsung pada 27 Februari hingga 2 Mac 2023.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.