Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple mulakan fasa ujian pengeluaran bagi Apple iPhone 15 Series

Apple mulakan fasa ujian pengeluaran bagi Apple iPhone 15 Series 3

Menurut sumber yang rapat, Apple dikatakan telah memulakan proses pengeluaran percubaan bagi Apple iPhone 15 di China dan syarikat ini juga sedang mencari jalan untuk menyingkatkan kitaran pengeluaran di India.

Proses ini dikenali sebagai NPI (Pengenalan Produk Baharu) biasanya berlaku pada suku pertama setiap tahun yang memberikan Apple gambaran awal pengeluaran sebenar yang akan berjalan sebaik sahaja generasi baharu iPhone dimuktamadkan.

Foxconn telah memulakan proses pengeluaran percubaan iPhone 15 Series untuk mengenal pasti kelemahan didalam proses pengeluaran yang turut melibatkan pengeluar, pembekal dan kualiti pengeluaran.

Selain proses ini, laporan ini juga mendedahkan bahawa Apple mahu jurang jangka masa pengeluaran antara kilang di China dan India kerana pengeluaran di China bermula antara enam hingga sembilan bulan sebelum pengeluaran di India.

Matlamat utama adalah merapatkan jurang pengeluaran antara kilang di India dan China dan mengalihkan 5% jumlah pengeluaran global ke kilang di India.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.