Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone kini berusia 16 tahun – produk paling berpengaruh daripada Apple

16 tahun tahun lalu, Steve Jobs telah memperkenalkan kepada dunia sebuah produk yang dikatakan sebagai sebuah iPod dengan skrin yang lebih besar bersama kawalan sesentuh, sebuah telefon dan perhubungan internet.

Pada 9 Januari 2007, Apple telah memperkenalkan iPhone yang dilihat sebagai produk terpenting keluaran syarikat ini dan terkini ianya telah menjana pendapatan bersih $42 bilion kepada syarikat ini.

Pelancaran iPhone kini adalah tradisi tahunan dan ianya mempunyai peminat dan ‘haters’ yang tersendiri namun legasi telefon pintar ini sebagai produk terpenting kepada Apple tidak boleh disangkal lagi.

Dalam pada itu, 2023 mungkin membawa perubahan terbesar kepada iPhone selepas sekian lama kerana ianya mungkin menjadi generasi pertama untuk hadir dengan USB-C seperti yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.