Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Set kepala VR Apple Reality Pro mungkin diumumkan sebelum WWDC 2023

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, Apple dilaporkan akan melancarkan set kepala realiti maya mereka tidak lama lagi dan syarikat Cupertino dilaporkan akan membuat pengumuman rasmi sebelum sidang WWDC yang secara tradisinya akan berlangsung pada bulan Jun.

Ini bermaksud pelancaran set kepala AR/VR akan berlangsung sekitar bulan September dan terdapat kemungkinan ianya dilancarkan bersama generasi baharu iPhone.

Selain itu, Apple juga sedang membangunkan sistem operasi khas untuk set kepala VR/AR ini yang dikenali sebagai xrOS dan beberapa pembangun aplikasi terkemuka telah mempunyai akses kepada OS ini.

Dalam pada itu, Mark Gurman juga berkata bahawa set kepala ini mungkin akan dikenali sebagai Apple Reality Pro dan disasarkan kepada perniagaan, pembangun aplikasi dan pengguna profesional.

sumberĀ 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.